SEORANG ahli hikmah berkata:
Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.
Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:
1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.
Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.
Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.
Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.
Sumber : Abul-Laits Assamarqandi dalam buku, Tanbihul Ghafilin
Friday, November 6, 2009
Tanda Taubat diterima
Posted by The Villiger at 10:43 PM 1 comments
Sunday, October 18, 2009
Truth Hurt
A Mom asked Child A "Don't you wanna be home this weekend, you usually don't have classes on "certain" days isn't it?"
Posted by The Villiger at 11:36 PM 0 comments
Friday, October 9, 2009
Pengurusan Hati Taken/Copied from http://www.rediesh.com
Pembinaan kecantikan dan ketampanan sosial perlu bermula dengan pengurusan hati. Hati adalah unsur penting dalam diri manusia. Ia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan akal. Individu yang berakal tetapi tidak memiliki hati yang terurus dengan baik selalunya menghadapi masalah. Terbelenggu dengan kekecewaan dalam perhubungan, berasa hambar dengan kehidupan dan mudah putus asa dengan cabaran. Hati ibarat ketua dalam diri manusia. Anggota tubuh adalah pekerjanya. Apabila ketua kuat, pekerjanya juga kuat. Begitu juga apabila ketua positif dan berwawasan, pekerja juga positif dan bergerak merealisasikan wawasan ciptaan ketua. Hati juga ibarat cermin. Hati yang diurus dengan kebaikan memantulkan kebaikan. Setiap yang melihat pasti merasakan kebaikan dan kesucian hati itu. Kebaikan itu mengalir masuk di celah-celah bongkah kekerasan hati setiap orang di sekelilingnya. Seorang kiyai menyebut, konsep dan praktikal bagi pengurusan hati yang baik tidak datang daripada sumber luaran, tetapi daripada dalam diri sendiri. Individu yang mampu menguruskan hatinya dengan baik, hatinya menjelma menjadi pusat segala kebaikan di muka bumi ini. Hatinya memancarkan cahaya ketenangan dan merenjiskan haruman ketinggian peribadi kepada sesiapa sahaja yang ditemui. Setiap tingkah lakunya teratur dan berhati-hati hasil daripada keyakinan teguh di hati menjadikan dia senantiasa diawasi. Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial mampu menguruskan hatinya dengan baik. Hati memandu anggotanya bagi menjalinkan perhubungan dengan cemerlang. Dua kunci pengurusan hati adalah: Membiasakan Diri Membersihkan Hati Benih epal bukanlah buah epal dan benih kurma bukanlah buah kurma. Tetapi benih-benih itu dengan pertolongan Tuhan dapat menjadi buah epal dan buah kurma yang manis apabila disemai, ditanam, dirawat dan dijaga dengan sungguh-sungguh. Sebaliknya benih itu mungkin juga rosak dan tidak menjadi epal ataupun kurma walaupun dijaga dengan bersungguh-sungguh. Apabila benih dapat dipengaruhi oleh usaha manusia sehingga ia dapat menerima satu keadaan dan menolak satu keadaan lain, maka begitu juga dengan hati. Melalui latihan dan tekad menyemai, menanam, merawat dan menjaga hati, hati menjadi suci dan manis. Biasakah diri kita senantiasa membersihkan hati. Gunakan waktu selepas solat fardu sekurang-kurangnya sekali sehari bagi memuhasabah dan merenung diri. Adakah kita sudah membersihkan hati hari ini? Empat Tahap Membersihkan Hati Menerima hakikat tiada kejayaan sebenar di dunia ini Tidak ada yang sempurna di dunia ini. Biasalah berjaya tidak bermakna sempurna. Oleh itu, apakah kejayaan yang sebenar? Kejayaan yang hakiki adalah apabila kita bertemu dengan Tuhan dan dikurniakan Syurga. Terimalah hakikat, kejayaan di dunia bersifat sementara. Jangan sekali-kali menggantung harapan kejayaan dunia sebagai sasaran kerana kita hanya mengejar bayang-bayang sendiri. Tekad mendapatkan ilmu berkaitan diri sendiri Kesemuanya adalah perkara-perkara luaran pada tubuh kita. Jadi, bagi mendapatkan ilmu berkaitan apa yang ada dalam diri kita, kita memerlukan satu lagi pancaindera. Pancaindera ini dinamakan ‘Pandangan mata hati’. Pandangan mata hati mampu melihat segala kekuatan dan kelemahan dalam diri kita. Ia mampu menyatakan apa yang baik dan apa yang tidak pada diri kita. Dua kunci bagi memperoleh pandangan mata hati adalah dengan mendekatkan diri dengan agama serta sering bertanya kepada orang lain. Antaranya dengan bertanya kepada musuh mengenai pandangannya pada kita. Seterusnya kita menerima pandangan itu dengan terbuka dan bertekad mendapatkan ilmu berkaitan diri sendiri. Banyakkan waktu memuhasabah diri Muhasabah juga adalah apabila kita merenungi kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan. Jangan takut apabila melakukan kesulapan kerana dengan kesilapan itulah kita belajar. Tetapi jangan cuba melakukan kesulapan dengan alasan hendak belajar. Ambil masa beberapa ketika sebelum kita terlelap pada waktu malam bagi bermuhasabah, Apa yang sudah kita lakukan sepanjang hari ini? Belajar daripada orang lain Jadikan setiap perkara buruk yang berlaku di persekitaran kita sebagai pengajaran untuk dihindari. Gunakan semua perkara baik yang kita temui dan tempuhi sebagai pedoman supaya terus memperbaiki diri. Jadikan semua perkara sebagai tempat belajar dan memperbaiki kualiti hati kita. Bagaimana membersihkan hati? Memperkukuhkan Hati Dengan Benteng Agama Akal itu diisi dengan ilmu, manakala hati itu diisi dengan agama. Hati tidak dapat diurus dengan baik apabila ia hanya diberikan air bagi menyucikannya. Tanpa dibentengi, hati mudah rosak. Apabila tidak dibentengi dengan rapi, ia menjadi busuk sehingga tidak dapat digunakan, bahkan mungkin juga merosakkan hati lain. Maka, benteng yang paling kukuh bagi memelihara kesucian hati adalah agama. Agama adalah kompas kehidupan manusia. Tanpa agama manusia kehilangan arah dan petunjuk. Hati tanpa agama adalah hati tidak bernyawa. Hati hanya dapat hidup dan sihat dengan cahaya agama. Dua Benteng Agama bagi Hati Ketika seseorang itu jujur, ia sangat berharga, Kejujuran adalah kunci bagi mendapatkan agama. Orang yang jujur adalah orang yang mampu menepis segala godaan dunia dan mendahulukan suruhan agama. Orang jujur perlu jujur pada diri sendiri dan pada orang lain. Jujur pada diri sendiri adalah dengan menerima kekurangan dan tidak menipu diri. Jujur pada orang lain pula adalah dengan memberi dan menerima pada yang patut. Kecantikan dan ketampanan sosial bersinar dengan cahaya kejujuran. Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam adalah model realiti kecantikan dan ketampanan sosial dengan kejujuran. Tanyalah pada diri kita Adakah aku sudah berlaku jujur pada diri sendiri dan orang lain? Kesabaran Marah ibarat api. Apabila tidak mampu dikawal kelak membakar diri. Marah merosakkan perhubungan apatah lagi apabila dilahirkan di khalayak. Bagi mengawal marak api kemarahan, ia memerlukan air yang banyak. Namun, air yang mujarab adalah dengan mengingati Tuhan. Apabila berasa marah, cuba padamkannya dengan kesabaran. Sabar dalam menerima kritikan dan teguran adalah penting dalam perhubungan. Orang yang tidak sabar menerima kritikan dan teguran adalah orang yang sombong. Orang yang sombong tidak disukai bahkan dibenci. Anggaplah orang yang menegur sayang kepada kita. Kita juga sayangkan diri kita. Justeru, tindakan yang sewajarnya apabila menerima kritikan dan teguran adalah berubah. Inilah masanya memperbaiki diri. Jauhkanlah hati kita daripada rasa dengki. Rasa dengki ini membawa kepada kekurangan kecantikan dan ketampanan sosial kita. Jangan sesekali menghina ataupun membanding-bandingkan apa sahaja berkaitan orang lain. Menghina tidak menambahkan apa-apa yang ada pada kita, bahkan mengurangkan. Lebih baik kita memuji kerana ia bukan sahaja melahirkan rasa gembira, malah mengeratkan hubungan kita dengan orang lain. Begitu juga sikap membanding-banding. Sikap manusia memang suka membuat perbandingan. Mana yang baik mana yang buruk. Mana yang cantik dan mana yang tidak. Sukakah kita apabila diri kita dibanding-bandingkan? Sekiranya tidak, mengapa kita membanding-banding? Bagi memiliki sifat sabar dan ketabahan hati dalam menghadapi dugaan hidup, perlu kepada keazaman dan keyakinan yang teguh. Tunduk kepada kesukaran dan kesulitan hidup dengan meyeksakannya melalui perasaan negatif tidak mendatangkan apa-apa faedah selain daripada kehinaan sahaja. Oleh sebab itu, kesukaran hendaklah ditentang dengan kesabaran dan ketabahan serta perasaan optimis. Kesabaran adalah senaman jiwa yang diketahui oleh intelek semua bangsa dan agama. Ia adalah senaman yang disanjung kerana tabiat dan hasilnya. Keazaman itu lebih tinggi mutunya daripada kebimbangan dan sikap optimis lebih berguna daripada sikap pesimis. Menyuburkan Hati dengan Rasa Cinta Akal itu diisi dengan ilmu, manakala hati itu diisi dengan agama. Maka bekas bagi mengisi agama ke dalam hati adalah cinta. Cinta adalah perasaan jiwa dan gelojak hati yang mendorong seseorang mencintai kekasihnya dengan penuh ghairah, lembut dan kasih sayang. Cinta juga dikatakan makanan bagi hati, santapan bagi jiwa dan ubat penenang hati. Ia adalah kebahagiaan bagi jiwa, cahaya bagi akal dan bangunan bagi batin. Ia juga adalah jiwa bagi kehidupan dan kehidupan bagi jiwa. Bagi menguruskan hati dengan baik, hati perlu disuburkan dengan cinta. Cinta yang subur berputik membuahkan rindu. Rindu menjadi magnet yang kuat bagi mempertemukan sang pencinta dengan cintanya. Namun, hati-hati dengan cinta. Cinta itu madu juga racun bisa. Cinta dapat membawa kepada bahagia juga kepada sengsara. Cinta dapat mendorong kepada kebaikan dan kerindahan, juga dapat menjerumus kepada kecelakaan dan kehinaan. Setiap orang pasti merasai kewujudan cinta dalam hatinya. Orang yang mati hatinya sahaja tidak merasai cinta. Manusia tidak mungkin hidup tanpa cinta. Adakah kita pernah merasai kewujudan cinta dalam hati? Saluran cinta banyak. Ramai orang cinta pada kekasih, pasangan, kuasa, wang, nama dan sebagainya. Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial menyalurkan rasa cinta kepada saluran yang baik. Saluran cinta yang sebaik-baiknya adalah bersesuaian dengan lirik nasyid dendangan kumpulan Saujana yang kerap kali kedengaran di saluran radio IKIM.Fm. Cinta kepada ALLAH, Cinta kepada Tuhan Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial meletakkan cintanya kepada Tuhan mengatasi segala-galanya. Pada wajahnya pasti zahir cahaya cinta itu. Lihatlah wajah orang yang menyerahkan cintanya yang agung hanya kepada Tuhan, wajahnya bercahaya. Dari mana datangnya cahaya itu? Ia datang daripada rasa cinta. Hatinya yang diisi dengan agama dan cinta agama itu senantiasa tertunduk. Bicaranya hikmah, diamnya mujahada, kehadirannya rahmah, pemergiannya senantiasa diingati. Tanamkan rasa cinta agung ini di hati. Pasti berjaya! Cinta kepada Rasul Antaranya adalah kerana kecantikan dan ketampanan sosial beliau. Beliau bukan sahaja disanjungi oleh rakan dan teman, bahkan juga musuh. Kehadirannya membahagiakan, tutur bicaranya menyentuh jiwa, kehilangannya menyakitkan. Inilah contoh agung kecantikan dan ketampanan sosial. Cinta kepada Ibu Bapa Rasa cinta kepada ibu bapa dapat dibina dengan senantiasa mengingati dan mengenang jasa-jasa mereka. Tidak ada orang yang lebih berjasa kepada kita selain ibu bapa. Oleh sebab itu, ‘Kasihnya ibu membawa ke Syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa’. Cuba kita fikir dan renungkan dengan pandangan mata hati, Apakah yang sudah saya lakukan bagi membalas segala jasa ibu bapa saya? Cinta kepada Ummah Umatku, umatku, umatku. Apakah yang begitu istimewa kepada masyarakat ini sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam cukup cinta kepada kita? Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial memiliki perasaan yang mendalam pada masyarakat di sekelilingnya. Rasa empati mengalir di setiap urat nadi. Kita mampu menitiskan air mata melihat kecelakaan yang menimpa orang lain. Kita mampu merasai setiap perkara yang berlaku di persekitaran dengan berkesan. Bagaimana ia boleh dilakukan? Ia hanya berlaku apabila perasaan cinta mampu dialirkan kepada semua orang yang ditemui. Ini dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab yang berikutnya nanti. Cinta kepada Kecemerlangan Setiap yang dijadikan pasti ada sebab dan penyebabnya, tujuan dan matlamatnya. Hakikatnya manusia diciptakan adalah bagi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Sekiranya kita mahu memastikan kehidupan bermakna, letakkan kecintaan kepada kecemerlangan. Orang yang cinta kepada kecemerlangan mempunyai pandangan yang berbeza pada sesuatu. Kita memandang segala-galanya dengan kaca mata orang yang cemerlang. Contohnya, orang yang gagal mempunyai sikap yang berbeza pada wang berbanding orang yang cemerlang. Orang yang cemerlang berfikir cara-cara menggunakan wang itu bagi mendapatkan lebih banyak wang. Orang yang gagal pula berfikir cara bagi menghabiskannya. Ingatlah, tangga pertama bgi menggapai kecemerlangan adalah dengan menyuburkan rasa cinta kepada kecemerlangan. Selepas itu terserahlah kepada kita bertindak. Ahmad Naim Jaafar & Mohd Ikram Mohd Nor Wazir (=
Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah dengan hati yang suci murni. Ibu bapa dan persekitaran yang berperanan membentuk hati dengan acuan yang diinginkan. Namun, dalam proses pembentukan itu, hati perlu dijaga dengan bersungguh-sungguh kerana secara semulajadinya hati mudah dikotori. Maka, usaha dan ikhtiar adalah kunci kesucian hati. Sucikan hati kita dengan agama dan perkukuhkan akal dengan ilmu.
Kejayaan adalah perkara subjektif. Tidak ada rumus yang mampu mengira tahap kejayaan individu sama ada kita benar-benar sudah berjaya. Ramai yang berjaya dalam satu bidang, tetapi gagal dalam bidang yang lain. Bagi menyedapkan hati, kita berkata,
Manusia dianugerahkan pancaindera bagi melihat, mendengar, menghidu dan merasa. Ada yang cantik dan ada yang buruk. Ada yang lunak dan ada yang sumbang. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang manis dan ada yang masam.
Muhasabah adalah dengan melihat kekurangan dan kelemahan yang wujud pada diri kita. Setiap manusia pasti memiliki kekurangan dan kelemahan. Mengingati kekurangan dan kelemahan bukan untuk disesali tetapi untuk diperbaiki.
Orang yang bijaksana adalah orang yang menjadikan setiap inci kehidupannya sebagai proses pembelajaran. Lihat setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita dengan kaca mata seorang pelajar dan dengan pandangan mata hati hendak belajar.
Hamka menulis,
Kejujuran
Ibnu Jauzi, seorang ulama tersohor menyatakan,
Dan ketika dia khianat, dia menjadi hina.
Adakah aku layak mendapati gelaran ‘Al-Amin?’
Sabar itu pahit tetapi hasilnya manis. Orang yang mampu bersabar dalam apa jua keadaan adalah orang yang tenang jiwanya dan halus hati budinya. Sabar itu merangkumi sabar daripada perasaan marah, sabar menerima kritikan dan teguran, sabar daripada menghina dan membanding-banding dan sabar dengan dugaan kehidupan.
Hamka menulis,
Cinta Rasul,
Cinta Ibu Bapa,
Cinta kepada Ummah,
Cinta kepada kecemerlangan.
Cinta kepada Tuhan adalah cinta utama yang tidak ada duanya. Seorang Muslim yang mampu menerbitkan dan menyuburkan rasa cinta kepada Tuhan dengan baik pasti merasai kelazatan iman. Cinta kepada Tuhan adalah kunci bagi memastikan kejayaan di dunia dan akhirat.
Cinta kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam adalah cinta kepada contoh terbaik. Tidak ada contoh tauladan yang lebih baik selain daripada beliau. Cinta kepada beliau adalah dengan mengikuti sunnahnya. Sejarah membuktikan, tidak ada tokoh yang lebih berpengaruh dalam peradaban dunia selama-lamanya, melainkan beliau. Mengapa?
Ibu bapa adalah orang yang melahir, membesar dan mendidik kita. Setiap anak berasa indahnya cinta melalui ibu bapa. Cinta kepada ibu bapa adalah cinta sejati. Cinta kepada ibu bapa tersemai sejak kecil lagi. Hati yang mempunyai rasa cinta kepada ibu bapa adalah hati yang tahu mengenang budi.
Sejarah membuktikan cinta teragung kepada masyarakat dimiliki oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Semasa beliau nazak, perkataan terakhir yang keluar daripada mulut beliau sebelum menghembuskan nafas yang terakhir adalah,
Pernahkah kita bertanya kepada diri mengenai apakah tujuan kehidupan kita? Apakah sebab kita dilahirkan? Adakah sekadar dilahirkan bagi merasai sakitnya kematian pada satu hari nanti?
Posted by The Villiger at 4:20 PM 0 comments
Thursday, September 24, 2009
:)
A conversation for Muslim sisters:
"I'm so tired.""Tired of what?"
"Of all these people judging me.""Who judged you?"
"Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab.""Oh, hijab and music! The mother of all topics!"
"Yeah! I listen to music without hijab? aha!""Maybe she was just giving you advice."
"I don't need her advice. I know my religion. Can`t she mind her own business?""Maybe you misunderstood. She was just being nice."
"Keeping out of my business, that would be nice...""But it's her duty to encourage you do to good."
"Trust me. That was no encouragement. And what do you mean `good` ?""Well, wearing hijab, that would be a good thing to do."
"Says who?""It's in the Qur'an, isn't it?"
"Yes. She did quote me something.""She said Surah Nur, and other places of the Qur'an."
"Yes, but it's not a big sin anyway. Helping people and praying is more important.""True. But big things start with small things."
"That's a good point, but what you wear is not important. What's important is to have a good healthy heart.""What you wear is not important?"
"That's what I said.""Then why do you spend an hour every morning fixing up?"
"What do you mean?""You spend money on cosmetics, not to mention all the time you spend on fixing your hair and low-carb dieting."
"So?""So, your appearance IS important."
"No. I said wearing hijab is not an important thing in religion.""If it's not an important thing in religion, why is it mentioned in the Holy Qur'an?"
"You know I can't follow all that's in Qur'an.""You mean God tells you something to do, you disobey and then it's OK?"
"Yes. God is forgiving.""God is forgiving to those who repent and do not repeat their mistakes."
"Says who?""Says the same book that tells you to cover."
"But I don't like hijab, it limits my freedom.""But the lotions, lipsticks, mascara and other cosmetics set you free?! What`s your definition of freedom anyway?"
"Freedom is in doing whatever you like to do.""No. Freedom is in doing the right thing, not in doing whatever we
"Look! I've seen so many people who don't wear hijab and are nice people, and so many who wear hijab and are bad people."
wish to do.""So what? There are people who are nice to you but are alcoholic. Should we all be alcoholics? You made a stupid point."
"I don't want to be an extremist or a fanatic. I'm OK the way I am without hijab.""Then you are a secular fanatic. An extremist in disobeying God."
"You don't get it, if I wear hijab, who would marry me?!""So all these people with hijab never get married?!"
"Okay! What if I get married and my husband doesn't like it? And wants me
to remove it?""What if your husband wants you to go out with him on a bank robbery?!"
"That's irrelevant, bank robbery is a crime.""Disobeying your Creator is not a crime?"
"But then who would hire me?""A company that respects people for who they are."
"Not after 9-11""Yes. After 9-11. Don't you know about Hanan who just got into med school? And the other one, what was her name, the girl who always wore a white hijab? mmm?"
"Yasmeen?""Yes. Yasmeen. She just finished her MBA and is now interning for GE."
"Why do you reduce religion to a piece of cloth anyway?""Why do you reduce womanhood to high heals and lipstick colors?"
"You didn't answer my question.""In fact, I did. Hijab is not just a piece of cloth. It is obeying God in a difficult environment. It is courage, faith in action, and true womanhood. But your short sleeves, tight pants?"
"That's called `fashion`, you live in a cave or something? First of all, hijab was founded by men who wanted to control women.""Really? I did not know men could control women by hijab."
"Yes. That's what it is.""What about the women who fight their husbands to wear hijab? And women in France who are forced to remove their hijab by men? What do you say about that?"
"Well, that's different.""What difference? The woman who asked you to wear hijab? she was a woman, right?"
"Right, but?""But fashions that are designed and promoted by male-dominated corporations, set you free? Men have no control on exposing women and using them as a commodity?! Give me a break!"
"Wait, let me finish, I was saying?""Saying what? You think that men control women by hijab?"
"Yes.""Specifically how?"
"By telling women how and what to wear, dummy!""Doesn't TV, magazines and movies tell you what to wear, and how to be `attractive'?"
"Of course, it's fashion.""Isn't that control? Pressuring you to wear what they want you to wear?"
[Silence]"Not just controlling you, but also controlling the market."
"What do you mean?""I mean, you are told to look skinny and anorexic like that woman on the cover of the magazine, by men who design those magazines and sell those products."
"I don't get it. What does hijab have to do with products.""It has everything to do with that. Don't you see? Hijab is a threat to consumerism, women who spend billions of dollars to look skinny and live by standards of fashion designed by men? and then here is Islam, saying trash all that nonsense and focus on your soul, not on your looks, and do not worry what men think of your looks."
"Like I don't have to buy hijab? Isn't hijab a product?""Yes, it is. It is a product that sets you free from male-dominated consumerism."
"Stop lecturing me! I WILL NOT WEAR HIJAB! It is awkward, outdated, and totally not suitable for this society ... Moreover, I am only 20 and too young to wear hijab!""Fine. Say that to your Lord, when you face Him on Judgment Day."
"Fine.""Fine."
[Silence]
"Shut up and I don't want to hear more about hijab niqab schmijab Punjab!"[Silence]
She stared at the mirror, tired of arguing with herself all this time.
Successful enough, she managed to shut the voices in her head, with her own opinions triumphant in victory on the matter, and a final modern decision accepted by the society - but rejected by the Faith:
"Yes!" - to curls on the hair - "No!" - to hijab!
"And he(/she) is indeed a failure who corrupts it [the soul]!"
"Nay! You prefer the life of this world; While the hereafter is better and more lasting."
AQ Alidost
Posted by The Villiger at 4:18 PM 0 comments
Friday, September 18, 2009
The Turning Point.
It was the appendectomy I just had nearly 2 months ago, that has made me change to whoever I am now. The night before my emergency appendectomy, I had this *wordless* pain all over my body, that I thought I will die the next day. Ku pikir iatah sakratal maut ku sudah.. Sakit, Allah saja yang Maha Mengetahui. Cukup.. tangisan ku malam atu, tangisan sesalan.
Dalam kesakitan, kan bediri lurus pun payah, tidak semena-mena aku sembahyang taubat, aku menangis menyesal, aku menangis rebah di sejadah. Dalam keadaan ward yang sangat sajuk, aku kuatkan diri untuk berdiri. Ku gagahkan jua. KEnapa?
10 malam, 22 Julai 2009, appendicitis pain atu sudah mula terasa. Ke jantung, ke hati, ke perut, ke usus, ke buah pinggang .. semuaa semua terasa. AKu masih ingat akan kata2 org sekelilingku.. sakit demam tani ani, penghapus dosa. Ya Allah, besar sungguh dosa ku, yang mana aku menghidapi sakit yang teramat sangat. Dalam keadaan berbaring, dengan baju yang berlapis empat masa atu, aku menangis. Kan berpaling ke kanan, sakit, ke kiri pun sakit tah jua. Aku menangis lagi, akan mati kah aku? Dalam hatiku berkata "Ya Allah, kejinya hamba mu ani, sudah sakit barutah ingat kan Kau ya Allah.. Sempatkah ku bertaubat? Tapi aku sakit, kan berpusing badan pun seksa rasanya.. Tapi kalau diambil nyawa ku esok cemana?"
Dengan menggagahkan diri aku sembahyang taubat, walaupun ku lupa cemana, tapi ku niatkan jua. Malu.. yess aku malu.. malu pasal sudah sakit barutah terngadah! Lama ku duduk d sejadah, alhamdulillah, baik jua nda lupa bawa sejadah, walaupun sebelum atu sembahyang ku, kadang2 d buat, kadang di tinggalkan.. Ingin2 hati ku saja...
One of the senior nurse came and checked on me, rupanya she heard I was crying. Ya Allah, malu lagi ku terhadap MU ya Rabbi~
Tertidur2 ku di siring katil.. lalu ku berdiri and kembali berbaring dikatil, kerana keadaan ku sudah semakin lemah kerana kesakitan... Sebelum ku tidur, sempat ku sms mama and Z, meminta ampun, dan juga teman-teman terdekat ku, especially Nonoi and Bibi d UK. Aku terlalu banyak dosa.. Terlalu banyak kemungkaran telah ku buat. Aurat ku sebelum ini, ku dedahkan kepada semua khalayak manusia. Dan kadang2 ku berpura-pura di depan mama. Padahal sudah ditegur beribu kali oleh Z. Mulut/lidah ku kadang2 tidak putus, bersalah sangka, yang mendatangkan fitnah akhirnya dan mengumpat, yang mendatangkan kejahatan akhirnya... Aku ingkar Ya Allah... Hina sangat hambaMU ani!!
Terlalu letih ku dengan menahan sakit, dengan berbekal zikir, Astaghfirullah, dan La Ilaha Ilallah, lalu aku tidur.... dan terbangun ketika Nurses hendak mengambil vital signs ku, dalam pukul 4pagi. Selesainya, mereka mengambil vital signs dan administer my antibiotics.. aku solat subuh lagi dalam keadaan duduk, kerana untuk berdiri sudah ku kesakitan, sewaktu ku mengambil wudhu. Selepas solat, aku tidak dapat kembali tidur, kerana sakit ku sudah at the maximum level. Ku bacakan ayat Kursi, sesampai2 nya, lidah ku tersasul..
Dalam 5:45am, Z rupanya ada sudah datang melawat, dan aku terbaring dalam keadaan kesakitan, dengan jubah, dan hijab ku. Z terkejut, dan senyum. Aku masih ingat katanya
"alhamdulillah, jangan fikir macam-macam, InsyaAllah nada papa tu, OK, banyak bawa istighfar. Karang sebelum kena tidurkan with anaesthesia, baca syahadah"
Aku mengalirkan air mata lagi. Begitu baik insan yang diberikan kepada ku, tetapi kadang2 ku cuaikan nasihatnya. Aku balik2 sms mama, nda sabar kan liat mama sebelum ku di surung ke OT, tiba masanya ku di panggil ke OT, mama masih nada, still stucked with the traffic jam. Aku nangis lagi..
"Ya Allah, jangan dulu ambil nyawaku, aku masih mau menyenangkan hati Mama, aku terlalu banyak menyakitkan hatinya"
Ku pesankan lagi arah Z, "Kalau ada papa arahku, aku masuk ICU, jangan suruh nurse mandikan aku, aku mau mama saja" .. YES! Sampai kesana pemikiran ku~!
Dalam perjalanan ke OT (atas trolley) lidah ku nda putus2 ber istighfar, dan sesampainya di OT, apabila ku di "position" kan atas table dan ternampak "PROPOFOL" kan di inject ke saluran darahku. Aku bersyahadah!
10:45, aku sedar, aku muntah terlalu banyak. Lalu ku d balikkan ke ward, aku macam "palau2" masih, cos of the anaesthesia effect..
Aku sedar sepenuhnya 12:45 selepas zuhur, aku nampak mama duduk sebalahku, aku senyum dan bersyukur. Alhamdulillah.... I was searching for Z, mom said, he went home sudah. Sempat lagi ku capai HP mau text kedia, rupanya ia ada text kediaku sudah awal ....
"Alhamdulillah, Tuhan masih bagi peluangkan? Now it's your turning point. Buat lah apa yang patut. Ani Abg balik rumah dulu mau sembahyang, karang lepas Isyak abg kesana."
SO, that was my turning point, aku berubah selepas atu, perlahan-lahan, bermula daripada, aurat ku, dan solat ku.
Tetapi yang menyedihkan, perubahan ku ani telah banyak di salah ertikan. Perkongsian ilmu dan tazkirah ku di anggap SINDIRAN, padahal aku nda pernah terfikirkan menyindir sesiapa pun, niatku hanya ingin berkongsi, bukan menuding jari dan menyalahkan sesiapa.
Perubahan ku ani bukan untuk sesiapa, tapi untuk diriku jua. Sedikit demi sedikit, sikap ku dulu yang suka berburuk sangka dan "judging people by first impression" kian berubah. Alhamdulillah
Tetapi another sad thing, I am losing my BEST and GOOD friends because of this. Aku bersabar. Aku di tohmah! Aku bersabar. Aku senyum saja, bukan senyum kerana puas hati, senyum .. walaupun aku nada kawan, tapi Allah masih sayang aku!! Mama ku masih support aku! Z still here, motivating me!
Kenapa ku buat post ani? I just realised, I am losing friends day by day, kerana ada some of my status di anggap MENYINDIR (MEMPERLI) dan sengaja MENYAKITKAN HATI. Sehingga ada yang tidak mahu MEMAAFKAN AKU SEUMUR HIDUPNYA.
Sesungguhnya, status kah post kah apa saja yang ku sebarkan adalah Ilmu, ilmu untuk kitani semua. Tinggi mana pun pelajaran, PHD pebaik kelulusan, tidak ada yang menandingi ILMU ALLAH! IKHLAS dari aku yang masih berbakai-bakai belajar erti hidup sebagai MUSLIMAH!
Aku mengambil iktibar dari apa yang ku selalu sebarkan, apa yang selalu ku ajarkan kepada ukhti dan akhi ku, untuk peringatan diri ku sendiri, agar tidak jauh terpesong lagi. Cukup sudah 25 tahun aku bergelumang dengan dosa, hati yang tidak pernah tenang (yang mana kadang2 ku fikir ada yang kan meng"ILMU HITAM"kan diri ku) .. jahil kan? ... JAHIL sangat!
Aku seorang pelajar terbaik dulu, baik di sekolah inggeris atau sekolah agama.. Malahan aku murid kesayangan ustazah ku. NO, bukan ku kan riak atau takabbur. Tapi Pelajar terbaik pun, aku masih lalai dan tidak pernah ku praktikkan pengetahuan ku. Dulu aku selalu di pilih untuk menyertai musabaqah tilawah, untuk sekolah2.. TAPI ianya hanya untuk PERTANDINGAN! Bukan untuk amalan seharian ku dirumah. SEDIH.. HINA.. lagi JAHIL!
Banarnya pepatah Melayu.. Sepandai-pandai tupai Melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!
Untuk akhirnya, aku masih ingat tentang kisah Rasulullah S.A.W dulu, ketika dia mula terang-terangan menyebarkan agama Islam.... Siapakah yang menentangnya berhabis-habisan? PAKCIKNYA sendiri!
Iatah ku ambil contoh tu, kerana KAWANKU sendiri membuang aku!
Untuk akhirnya, Mohon AMPUN dan MAAF, jika apa yang ku buat selama ani menyakitkan hati atau terguris hati kalian, niatku bukan kesana, tapi untuk berkongsi saja. Sekiranya kelakuan ku tidak dapat di maafkan aku redha, kerana aku bukannya perfect sangat. Aku sendiri masih belajar, dan sentiasa belajar. Minta maaf atas segala kekasaran bahasaku di dalam post ani. Apa yang ku bagitau hanyalah pengalaman hidupku..
Kepada "BEST/GOOD FRIENDS" who just ditched me over my everyday FB status, Mudahan Allah memberi hidayah kepada kamu dan membuka hati kamu, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Pemurah. AMIN.
Jazakillahu Khair~
Posted by The Villiger at 11:11 PM 2 comments
Wednesday, September 16, 2009
Seloka untuk Wanita
First of all, this post I am gonna share, I just received it as a forwarded email. When I read this "seloka" I just realised things like high heels, can also mengundang haram. My closed people know that how I love my high heels, that I am collecting lots of 'em cos I love to look elegant and tall of course and shapes and designs I envy.
Posted by The Villiger at 2:55 PM 0 comments
Sunday, September 13, 2009
Nawaitu
Last night, after a while nda ikut tarawih, cos of duties and "woman's nature", aku kembali tarawih, Alhamdulillah. Well, aku datang lambat sedikit, cos mula2 was thinking kan bwa mama together with me, but since ia suruh aku jalan dulu so yeah.. I went to the mosque just ONE minute before Isyak.
And so, datang tah ke masjid, and I arrived ngam2 imam angkat takbir rakaat pertama. Masa kan masuk di kawasan jemaah perempuan, pintu di kunci dari dalam, been trying to knock, masih nda d buka, so I guess, orang start sembahyang sudah, sapa jua kan membuka. So, i tried again, ada tah jua anak ani membuka, 4-5 years old maybe.
Tanpa menoleh kiri dan kanan, terus ku smbayang sunat tahiyattul masjid dua rakaat, di saf yg kedua belakang. Selepas habis sembahyang sunat, I noticed ada yang bercerita-cerita di belakang, (masa atu jemaah, rakaat ke-3 fardhu Isyak sudah), ya Rabbi, bukannya kanak-kanak 4-5 tahun tapi sudah anak dara! Masa atu aku kan start sembahyang fardhu Isyak (niat sndiri, bukan masbuk). Ku tagur tah jua..
"Sembahyang kah becerita kamu ani?"
Di jawab one of the anak dara, "Nda.." sambil giggling tapi dalam keadaan ber i'tidal (berdiri selepas rukuk) cos masa atu jemaah pun ber-i'tidal, ku diamkan lapas atu, and durang pun diam.
Then I began my solat fardhu Isyak. Selepas habis salam, I just noticed my mom baru kan habis sunat tahiyat masjid nya. And I saw, some of the kids (4-5 yrs old) start to buka kain durang sudah, tapi nda buat bising.. durang buat homework durang d belakang, which was kinda cute, but kalau buleh lagi baik ikut jemaah lah ah..
So when the tarawih started, I moved myself to the front SAF with my mother cos, the kids ke belakang sudah. After the 4th Rakaat, I went out for wudhu, cos terbatal (nda perlu lah d ceritakan kali ah kenapa batal haha). Then lepas ambil wudhu, I went in balik lah untuk teruskan tarawih. While wearing my socks and telekung, I noticed those "girls (anak dara)", masih di saf belakang sekali, and masa atu jemaah rukuk, rakaat pertama, and durang becerita while rukuk! Ku tegur lagi.. "Sembahyang kah becerita?", semua terdiam. So I left them hoping that they would start to sembahyang tah banar-banar.
I joined the jemaah next. And after rakaat ke-8, ku toleh ke belakang, cos masa ku solat atu aku terdengar bini-bini becerita bah, ndakan org tua kan?? Then guess what they were doing? Playing cards!
Aku mngurut dada tahan sabar. They knew I saw them, but they ignored. Even some of the folks, aunties and granny menoleh arah bisdia ani.. But still.. degilnya ya Rabbi! Until kan solat witir, one of the girl's nenek, menagur! I think neneknya pun kan ilang sabar kali.
Habis solat witir apa, one of my aunty (ketua muslimah) approached them, di cakapi tah, di nasihati tah lapas atu, and even the nenek I mentioned earlier, sampai memarahi cucunya ani. And so, they left the saf and went to meja makan d belakang, the girl yang memulakan main card atu, menjawab "Puas ati tah kamu tu? Puas ati kamu marah2?"
then I said to her and let the other girls mendengar "kenapa kau cakap cematu? yang kena nasihati atu yang banar jua tu? Apa niat kamu yang banarnya ke masjid ani? Kalau kan tarawih, buat cara benar2, ani malam 10 terakhir sudah, patutnya kamu tingkatkan amalan kamu! Bukannya kan berulah macam kanak-kanak yang belum akil baligh. Kamu sekolah jua ugama sampai darjah 6 kan? Even sekolah menengah pun ada jua masih belajar ugama? Indakan nda tau hukum? As simple as ATURAN SAF pun kamu nda tau? Patutnya kamu yg akil baligh sudah dmana tempatnya? Saf belakang sekali kan?? Bacaan, tasbih, zikir semasa sembayang ndakan kamu nda pandai? Apatah niat kamu ke masjid ani hah? Kalau kan tadarus saja and mau dapat duit anugeraha, tantu pulang kamu datang masa kan tadarus saja, jangantah ikut tarawih. Kamu ani seolah-olah menyeluru bah. Menyeluru Imam! Berakal-berakal tah ah, ubah niat kamu atu, sadar2 tah"
Yes I have to say that out, sampai bila kan durang berulah cematu? Honestly I noticed ulah bisdia cematu since the first few nights of Ramadhan sudah. The first night of Ramadhan it was only me and my sisters, my cousin and her sisters dalam 8 org kami tadarus, then I think it was the 3rd or 4th night, nda semena-mena makin ramai the girls ikut. Mula-mula ku bersyukur cos kesedaran kan tadarus ani usulnya ada. Tapi, after few nights, I heard one of the girl actually becakap after the tadarus "Tau kamu? kalau ikut every night, kena bagi $10/malam? Aku ikut ni every night, walaupun tah uzur.. USIN bah tu!!" Aku terkesima.Terdiam. Honestly, I never thought of that. Yes it's true, the past years memang ada "anugeraha" .. tapi I never thought of that!! Even my sisters and the usual girls/ladies yg ikut tadarus, tercengang meliat tiba-tiba banyak girls ikut tadarus ani. And my sisters? Payah lagi kan d surung2 menyuruh ikut tadarus, cos durang busy with their assignments, homeworks and hafalan at home. But those girls? Uzur pun kan ikut? Astaghfirullah Al Azim!!!
Until the second week of Ramadhan, when my aunty keep on complaining to me, the girls was "sms-ing" while the others were reciting the Quran, and they never bother to check (semak) on the others punya bacaan. And so, masa my off duty I joined for tadarus, and ku sengajakan duduk sebalah those girls yg suka "sms-ing" or "chatting" masa tadarus ani. Bukan kan cari pasal, I know, our Ustazah ada sudah menagur, but the girls never bother jua. Iatah masa tadarus ani, before their turn, they actually mencari2 muka surat for their turn to read and will keep on reading it, maybe pasal takut banyak salah or maybe kan melancarkan kali jua. Then abis turn durang.. start tah durang katik-katik HP ani. I read my part, and checked on the girls punya bacaan/tajwid jua. But at the same time, I just can't help myself, melirik2 arah 2 girls ani, becerita and "chatting" with their phones.
Ku tagur sekali, durang stopped for a while, then noticed ku lagi, they were seems to "Text-ing" to each other, ku tagur lagi.. then macam marah d tariknya Mushaf atu ke paha nya, terpaksa tah ku tagur cos etika nya handled Mushaf atu salah and nda sepatutnya d pangku d paha. Ku biarkan after that. After 3 girls membaca after that, becerita lagi durang~ and bisdia ani ketinggalan 2 mukasurat! Ku sengaja kan tah, ku tanya, "mana ayat si Pulan atu baca ah?"
Nah!! terkial2 mencari muka surat atu, padahal we were at the end of the Juzu' sudah!
Why does all these happened? Honestly, the 2 events (tarawih n tadarus) actually happened on the same girls. Kan di kata nda belajar hukum, they went to Ugama school. Yes I knew them, sekampung.. Kampung ani nda basar, and penduduknya know each other macam adi beradi, anak branak, Alhamdulillah.
Tapi entahlah, kalau di ikutkan umur the girls atu, patutnya ndakan berbuat sedemikian lagi bah. Barangkali anak lelaki ada gauknya. BUkan kan "bias" tapi, baru ku pernah encounter anak dara cematu keulahannya. I can't say I am perfect, and my sisters are the best, kami pun pernah tergelincir. Myself di zaman umur cematu, inda iski kan tarawih, nda jua iski kan tadarus, sudah umur lanjut ani barutah iski kan tarawih and tadarus.
What I am trying to say here is, What are you gonna do if those girls are your sister? Or your daughter? Or your nieces? Some of you might say, Mana indungnya? Oh don't u ask me. But I was thinking.. MAna didikannya dirumah?
Didikan indung (parents) tentang ugama and adab beribadat. Myself, my parents were strict back then, sempat warning lagi, kalau niat kan becerita, baiktah teranah d rumah! Bab solat sembahyang, nda kurang dengan sindiran and warning my parents, even sudah akil baligh and even now!
Ani sekadar untuk renungan, and panduan. Mudahan jua, anak-anak dara yang ku ceritakan di atas, menjadi anak solehah satu hari nanti, mudahan satu hari barangkali tahun depan, barangkali esok or barangkali karang durang sadar dengan apa yang durang buat, sesungguhnya Allah atu maha adil. Kitani nda tau kenapa durang berulah cematu and kitani pun nda tau kenapa Allah atu menunjukkan kitani kejadian sedemikian. Yang kitani dapat buat, Doakan saja kebaikan untuk bisdia, InsyaAllah they will be a better and successful woman nanti! AMIN!!
Posted by The Villiger at 5:47 PM 0 comments
Thursday, September 10, 2009
Sayu.. Pedih.. Sedih~
I cried.. I weeped... Terlalu cepat masa berlalu, Ramadhan is coming to its end soon. Oh Allah! You have shown me lots. Cubaan.. dugaan yang semakin hari semakin berat, tidak mematahkan semangat ku untuk tunduk dan semakin dekat pada Mu ya Allah.
Posted by The Villiger at 3:41 PM 0 comments
Saturday, September 5, 2009
BERKATA Imam al-Syafie perkara yang lebih menganiayai diri sendiri ialah mereka merendahkan dirinya kerana dunia, memuji mereka tidak dikenali dengan lebih dekat dan mengasihi sahabat yang tidak memberi manfaat untuknya.
Lukmanul Hakim pula berkata: "Hai bangsa Adam, jauhkan olehmu daripada lima perkara yang membinasakan semua manusia, iaitu:
"Menipu kawan sendiri, tidak mengikut nasihat ulama, menghina dirinya kerana tamakkan harta, membesarkan dirinya atas saudara yang lain dan selalu mengikut hawa nafsu."
Berkata ulama: "Hai anak Adam, lazimnya olehmu diam supaya engkau dinamakan orang yang berakal kerana orang yang berakal itu tidak bercakap, melainkan atas sesuatu hajat yang menjadi kepastian untuknya atau kerana perkataan yang memberi nasihat.
"Dan tiadalah orang yang berakal itu fikirkan, melainkan pada akibat dunia dan akhirat.
"Hai orang yang berakal, ikatkan olehmu lidahmu melainkan menyebut nama Allah atau perkataan yang benar atau memberi nasihat kepada manusia atau kerana mengucap syukur kepada nikmat Allah."
"Lagi pun sesiapa berhajat untuk bersuka ria, maka al-Quran itu memadailah dengannya dan sesiapa yang teringin untuk mengajar, maka memadailah dengan mengingati mati.
"Sesiapa yang berhajat dengan kekayaan, maka memadailah dengan sedikit itulah kekayaan atau kaya hati, maka jika engkau tidak mengambil pengajaran dengan empat rangkaian ini, adalah neraka itu lebih sesuai dengannya."
Posted by The Villiger at 8:29 PM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
Khilaf nya hamba Mu
Posted by The Villiger at 2:40 PM 0 comments