Sunday, October 18, 2009

Truth Hurt

A Mom asked Child A "Don't you wanna be home this weekend, you usually don't have classes on "certain" days isn't it?"


Child A answered "No mom, I got lots of assignments to do, and I have to hand it out by early next week"

Then Mom said to child B "Pity your brother/sister , he/she has lots of assignments to do, he/she can't be home"

REALITY:

Child A : out having fun somewhere, like, going out with boyfriend/girlfriend, hang outs, watching movie, dating or having dinner with other friends who doesn't even think or care about the "assignments" or "exams" and knowing the mom would easily be fooled. GOOD friends HUH?

Been there done that... I failed my exam.. Ashamed? Yes and Ive learned my lesson.. It taught me Very very very Well~! Alhamdulillah. And Since then, I never left my mom with LIES anymore.. lying means ure DERHAKA...

The parents may can be easily fooled, but not Allah. Oh yeah, some people may say, nevermind.. we can always do taubat nasuha... but repetition of taubat nasuha? :) I can't say much on that.. I had my moment, and it made me weeped countless times... So enough of it..

So, let's pray for these kind of children (there are still few out there) ... Pass their exams with flying colours.. AMIN

So kids.. (ermph not all are "kids" though) It's exam month .. So do the best .. it's not "resting" or "leisuring" time

Rasulullah bersabda yang bermaksud : Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dia ibu barapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan Al-Hakim)

Friday, October 9, 2009

Pengurusan Hati Taken/Copied from http://www.rediesh.com

Pembinaan kecantikan dan ketampanan sosial perlu bermula dengan pengurusan hati. Hati adalah unsur penting dalam diri manusia. Ia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan akal.

Individu yang berakal tetapi tidak memiliki hati yang terurus dengan baik selalunya menghadapi masalah. Terbelenggu dengan kekecewaan dalam perhubungan, berasa hambar dengan kehidupan dan mudah putus asa dengan cabaran.

Hati ibarat ketua dalam diri manusia. Anggota tubuh adalah pekerjanya. Apabila ketua kuat, pekerjanya juga kuat. Begitu juga apabila ketua positif dan berwawasan, pekerja juga positif dan bergerak merealisasikan wawasan ciptaan ketua.

Hati juga ibarat cermin. Hati yang diurus dengan kebaikan memantulkan kebaikan. Setiap yang melihat pasti merasakan kebaikan dan kesucian hati itu. Kebaikan itu mengalir masuk di celah-celah bongkah kekerasan hati setiap orang di sekelilingnya.

Seorang kiyai menyebut, konsep dan praktikal bagi pengurusan hati yang baik tidak datang daripada sumber luaran, tetapi daripada dalam diri sendiri. Individu yang mampu menguruskan hatinya dengan baik, hatinya menjelma menjadi pusat segala kebaikan di muka bumi ini.

Hatinya memancarkan cahaya ketenangan dan merenjiskan haruman ketinggian peribadi kepada sesiapa sahaja yang ditemui. Setiap tingkah lakunya teratur dan berhati-hati hasil daripada keyakinan teguh di hati menjadikan dia senantiasa diawasi.

Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial mampu menguruskan hatinya dengan baik. Hati memandu anggotanya bagi menjalinkan perhubungan dengan cemerlang. Dua kunci pengurusan hati adalah:

Membiasakan Diri Membersihkan Hati
Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah dengan hati yang suci murni. Ibu bapa dan persekitaran yang berperanan membentuk hati dengan acuan yang diinginkan. Namun, dalam proses pembentukan itu, hati perlu dijaga dengan bersungguh-sungguh kerana secara semulajadinya hati mudah dikotori. Maka, usaha dan ikhtiar adalah kunci kesucian hati. Sucikan hati kita dengan agama dan perkukuhkan akal dengan ilmu.

Benih epal bukanlah buah epal dan benih kurma bukanlah buah kurma. Tetapi benih-benih itu dengan pertolongan Tuhan dapat menjadi buah epal dan buah kurma yang manis apabila disemai, ditanam, dirawat dan dijaga dengan sungguh-sungguh. Sebaliknya benih itu mungkin juga rosak dan tidak menjadi epal ataupun kurma walaupun dijaga dengan bersungguh-sungguh.

Apabila benih dapat dipengaruhi oleh usaha manusia sehingga ia dapat menerima satu keadaan dan menolak satu keadaan lain, maka begitu juga dengan hati. Melalui latihan dan tekad menyemai, menanam, merawat dan menjaga hati, hati menjadi suci dan manis.

Biasakah diri kita senantiasa membersihkan hati. Gunakan waktu selepas solat fardu sekurang-kurangnya sekali sehari bagi memuhasabah dan merenung diri. Adakah kita sudah membersihkan hati hari ini?

Empat Tahap Membersihkan Hati

Menerima hakikat tiada kejayaan sebenar di dunia ini
Kejayaan adalah perkara subjektif. Tidak ada rumus yang mampu mengira tahap kejayaan individu sama ada kita benar-benar sudah berjaya. Ramai yang berjaya dalam satu bidang, tetapi gagal dalam bidang yang lain. Bagi menyedapkan hati, kita berkata,

Tidak ada yang sempurna di dunia ini. Biasalah berjaya tidak bermakna sempurna.

Oleh itu, apakah kejayaan yang sebenar? Kejayaan yang hakiki adalah apabila kita bertemu dengan Tuhan dan dikurniakan Syurga. Terimalah hakikat, kejayaan di dunia bersifat sementara. Jangan sekali-kali menggantung harapan kejayaan dunia sebagai sasaran kerana kita hanya mengejar bayang-bayang sendiri.

Tekad mendapatkan ilmu berkaitan diri sendiri
Manusia dianugerahkan pancaindera bagi melihat, mendengar, menghidu dan merasa. Ada yang cantik dan ada yang buruk. Ada yang lunak dan ada yang sumbang. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang manis dan ada yang masam.

Kesemuanya adalah perkara-perkara luaran pada tubuh kita. Jadi, bagi mendapatkan ilmu berkaitan apa yang ada dalam diri kita, kita memerlukan satu lagi pancaindera. Pancaindera ini dinamakan ‘Pandangan mata hati’.

Pandangan mata hati mampu melihat segala kekuatan dan kelemahan dalam diri kita. Ia mampu menyatakan apa yang baik dan apa yang tidak pada diri kita. Dua kunci bagi memperoleh pandangan mata hati adalah dengan mendekatkan diri dengan agama serta sering bertanya kepada orang lain. Antaranya dengan bertanya kepada musuh mengenai pandangannya pada kita. Seterusnya kita menerima pandangan itu dengan terbuka dan bertekad mendapatkan ilmu berkaitan diri sendiri.

Banyakkan waktu memuhasabah diri
Muhasabah adalah dengan melihat kekurangan dan kelemahan yang wujud pada diri kita. Setiap manusia pasti memiliki kekurangan dan kelemahan. Mengingati kekurangan dan kelemahan bukan untuk disesali tetapi untuk diperbaiki.

Muhasabah juga adalah apabila kita merenungi kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan. Jangan takut apabila melakukan kesulapan kerana dengan kesilapan itulah kita belajar. Tetapi jangan cuba melakukan kesulapan dengan alasan hendak belajar. Ambil masa beberapa ketika sebelum kita terlelap pada waktu malam bagi bermuhasabah,

Apa yang sudah kita lakukan sepanjang hari ini?

Belajar daripada orang lain
Orang yang bijaksana adalah orang yang menjadikan setiap inci kehidupannya sebagai proses pembelajaran. Lihat setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita dengan kaca mata seorang pelajar dan dengan pandangan mata hati hendak belajar.

Jadikan setiap perkara buruk yang berlaku di persekitaran kita sebagai pengajaran untuk dihindari. Gunakan semua perkara baik yang kita temui dan tempuhi sebagai pedoman supaya terus memperbaiki diri. Jadikan semua perkara sebagai tempat belajar dan memperbaiki kualiti hati kita.

Bagaimana membersihkan hati?

  • Menerima hakikat tiada kejayaan sebenar di dunia ini
  • Tekad mendapatkan ilmu berkaitan diri sendiri
  • Banyakkan waktu memuhasabah diri
  • Belajar daripada orang lain

Memperkukuhkan Hati Dengan Benteng Agama
Hamka menulis,

Akal itu diisi dengan ilmu, manakala hati itu diisi dengan agama.

Hati tidak dapat diurus dengan baik apabila ia hanya diberikan air bagi menyucikannya. Tanpa dibentengi, hati mudah rosak.

Apabila tidak dibentengi dengan rapi, ia menjadi busuk sehingga tidak dapat digunakan, bahkan mungkin juga merosakkan hati lain. Maka, benteng yang paling kukuh bagi memelihara kesucian hati adalah agama.

Agama adalah kompas kehidupan manusia. Tanpa agama manusia kehilangan arah dan petunjuk. Hati tanpa agama adalah hati tidak bernyawa. Hati hanya dapat hidup dan sihat dengan cahaya agama.

Dua Benteng Agama bagi Hati
Kejujuran
Ibnu Jauzi, seorang ulama tersohor menyatakan,

Ketika seseorang itu jujur, ia sangat berharga,
Dan ketika dia khianat, dia menjadi hina.

Kejujuran adalah kunci bagi mendapatkan agama. Orang yang jujur adalah orang yang mampu menepis segala godaan dunia dan mendahulukan suruhan agama. Orang jujur perlu jujur pada diri sendiri dan pada orang lain.

Jujur pada diri sendiri adalah dengan menerima kekurangan dan tidak menipu diri. Jujur pada orang lain pula adalah dengan memberi dan menerima pada yang patut. Kecantikan dan ketampanan sosial bersinar dengan cahaya kejujuran.

Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam adalah model realiti kecantikan dan ketampanan sosial dengan kejujuran. Tanyalah pada diri kita

Adakah aku sudah berlaku jujur pada diri sendiri dan orang lain?
Adakah aku layak mendapati gelaran ‘Al-Amin?’

Kesabaran
Sabar itu pahit tetapi hasilnya manis. Orang yang mampu bersabar dalam apa jua keadaan adalah orang yang tenang jiwanya dan halus hati budinya. Sabar itu merangkumi sabar daripada perasaan marah, sabar menerima kritikan dan teguran, sabar daripada menghina dan membanding-banding dan sabar dengan dugaan kehidupan.

Marah ibarat api. Apabila tidak mampu dikawal kelak membakar diri. Marah merosakkan perhubungan apatah lagi apabila dilahirkan di khalayak. Bagi mengawal marak api kemarahan, ia memerlukan air yang banyak. Namun, air yang mujarab adalah dengan mengingati Tuhan. Apabila berasa marah, cuba padamkannya dengan kesabaran.

Sabar dalam menerima kritikan dan teguran adalah penting dalam perhubungan. Orang yang tidak sabar menerima kritikan dan teguran adalah orang yang sombong. Orang yang sombong tidak disukai bahkan dibenci.

Anggaplah orang yang menegur sayang kepada kita. Kita juga sayangkan diri kita. Justeru, tindakan yang sewajarnya apabila menerima kritikan dan teguran adalah berubah. Inilah masanya memperbaiki diri.

Jauhkanlah hati kita daripada rasa dengki. Rasa dengki ini membawa kepada kekurangan kecantikan dan ketampanan sosial kita. Jangan sesekali menghina ataupun membanding-bandingkan apa sahaja berkaitan orang lain. Menghina tidak menambahkan apa-apa yang ada pada kita, bahkan mengurangkan.

Lebih baik kita memuji kerana ia bukan sahaja melahirkan rasa gembira, malah mengeratkan hubungan kita dengan orang lain. Begitu juga sikap membanding-banding. Sikap manusia memang suka membuat perbandingan. Mana yang baik mana yang buruk. Mana yang cantik dan mana yang tidak.

Sukakah kita apabila diri kita dibanding-bandingkan? Sekiranya tidak, mengapa kita membanding-banding?

Bagi memiliki sifat sabar dan ketabahan hati dalam menghadapi dugaan hidup, perlu kepada keazaman dan keyakinan yang teguh. Tunduk kepada kesukaran dan kesulitan hidup dengan meyeksakannya melalui perasaan negatif tidak mendatangkan apa-apa faedah selain daripada kehinaan sahaja.

Oleh sebab itu, kesukaran hendaklah ditentang dengan kesabaran dan ketabahan serta perasaan optimis. Kesabaran adalah senaman jiwa yang diketahui oleh intelek semua bangsa dan agama. Ia adalah senaman yang disanjung kerana tabiat dan hasilnya. Keazaman itu lebih tinggi mutunya daripada kebimbangan dan sikap optimis lebih berguna daripada sikap pesimis.

Menyuburkan Hati dengan Rasa Cinta
Hamka menulis,

Akal itu diisi dengan ilmu, manakala hati itu diisi dengan agama. Maka bekas bagi mengisi agama ke dalam hati adalah cinta.

Cinta adalah perasaan jiwa dan gelojak hati yang mendorong seseorang mencintai kekasihnya dengan penuh ghairah, lembut dan kasih sayang.

Cinta juga dikatakan makanan bagi hati, santapan bagi jiwa dan ubat penenang hati. Ia adalah kebahagiaan bagi jiwa, cahaya bagi akal dan bangunan bagi batin. Ia juga adalah jiwa bagi kehidupan dan kehidupan bagi jiwa.

Bagi menguruskan hati dengan baik, hati perlu disuburkan dengan cinta. Cinta yang subur berputik membuahkan rindu. Rindu menjadi magnet yang kuat bagi mempertemukan sang pencinta dengan cintanya.

Namun, hati-hati dengan cinta. Cinta itu madu juga racun bisa. Cinta dapat membawa kepada bahagia juga kepada sengsara. Cinta dapat mendorong kepada kebaikan dan kerindahan, juga dapat menjerumus kepada kecelakaan dan kehinaan. Setiap orang pasti merasai kewujudan cinta dalam hatinya. Orang yang mati hatinya sahaja tidak merasai cinta. Manusia tidak mungkin hidup tanpa cinta. Adakah kita pernah merasai kewujudan cinta dalam hati?

Saluran cinta banyak. Ramai orang cinta pada kekasih, pasangan, kuasa, wang, nama dan sebagainya. Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial menyalurkan rasa cinta kepada saluran yang baik. Saluran cinta yang sebaik-baiknya adalah bersesuaian dengan lirik nasyid dendangan kumpulan Saujana yang kerap kali kedengaran di saluran radio IKIM.Fm.

Cinta kepada ALLAH,
Cinta Rasul,
Cinta Ibu Bapa,
Cinta kepada Ummah,
Cinta kepada kecemerlangan.

Cinta kepada Tuhan
Cinta kepada Tuhan adalah cinta utama yang tidak ada duanya. Seorang Muslim yang mampu menerbitkan dan menyuburkan rasa cinta kepada Tuhan dengan baik pasti merasai kelazatan iman. Cinta kepada Tuhan adalah kunci bagi memastikan kejayaan di dunia dan akhirat.

Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial meletakkan cintanya kepada Tuhan mengatasi segala-galanya. Pada wajahnya pasti zahir cahaya cinta itu. Lihatlah wajah orang yang menyerahkan cintanya yang agung hanya kepada Tuhan, wajahnya bercahaya.

Dari mana datangnya cahaya itu? Ia datang daripada rasa cinta. Hatinya yang diisi dengan agama dan cinta agama itu senantiasa tertunduk. Bicaranya hikmah, diamnya mujahada, kehadirannya rahmah, pemergiannya senantiasa diingati. Tanamkan rasa cinta agung ini di hati. Pasti berjaya!

Cinta kepada Rasul
Cinta kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam adalah cinta kepada contoh terbaik. Tidak ada contoh tauladan yang lebih baik selain daripada beliau. Cinta kepada beliau adalah dengan mengikuti sunnahnya. Sejarah membuktikan, tidak ada tokoh yang lebih berpengaruh dalam peradaban dunia selama-lamanya, melainkan beliau. Mengapa?

Antaranya adalah kerana kecantikan dan ketampanan sosial beliau. Beliau bukan sahaja disanjungi oleh rakan dan teman, bahkan juga musuh. Kehadirannya membahagiakan, tutur bicaranya menyentuh jiwa, kehilangannya menyakitkan. Inilah contoh agung kecantikan dan ketampanan sosial.

Cinta kepada Ibu Bapa
Ibu bapa adalah orang yang melahir, membesar dan mendidik kita. Setiap anak berasa indahnya cinta melalui ibu bapa. Cinta kepada ibu bapa adalah cinta sejati. Cinta kepada ibu bapa tersemai sejak kecil lagi. Hati yang mempunyai rasa cinta kepada ibu bapa adalah hati yang tahu mengenang budi.

Rasa cinta kepada ibu bapa dapat dibina dengan senantiasa mengingati dan mengenang jasa-jasa mereka. Tidak ada orang yang lebih berjasa kepada kita selain ibu bapa.

Oleh sebab itu, ‘Kasihnya ibu membawa ke Syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa’. Cuba kita fikir dan renungkan dengan pandangan mata hati,

Apakah yang sudah saya lakukan bagi membalas segala jasa ibu bapa saya?

Cinta kepada Ummah
Sejarah membuktikan cinta teragung kepada masyarakat dimiliki oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Semasa beliau nazak, perkataan terakhir yang keluar daripada mulut beliau sebelum menghembuskan nafas yang terakhir adalah,

Umatku, umatku, umatku.

Apakah yang begitu istimewa kepada masyarakat ini sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam cukup cinta kepada kita?

Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial memiliki perasaan yang mendalam pada masyarakat di sekelilingnya. Rasa empati mengalir di setiap urat nadi. Kita mampu menitiskan air mata melihat kecelakaan yang menimpa orang lain. Kita mampu merasai setiap perkara yang berlaku di persekitaran dengan berkesan.

Bagaimana ia boleh dilakukan? Ia hanya berlaku apabila perasaan cinta mampu dialirkan kepada semua orang yang ditemui. Ini dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab yang berikutnya nanti.

Cinta kepada Kecemerlangan
Pernahkah kita bertanya kepada diri mengenai apakah tujuan kehidupan kita? Apakah sebab kita dilahirkan? Adakah sekadar dilahirkan bagi merasai sakitnya kematian pada satu hari nanti?

Setiap yang dijadikan pasti ada sebab dan penyebabnya, tujuan dan matlamatnya. Hakikatnya manusia diciptakan adalah bagi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Sekiranya kita mahu memastikan kehidupan bermakna, letakkan kecintaan kepada kecemerlangan.

Orang yang cinta kepada kecemerlangan mempunyai pandangan yang berbeza pada sesuatu. Kita memandang segala-galanya dengan kaca mata orang yang cemerlang.

Contohnya, orang yang gagal mempunyai sikap yang berbeza pada wang berbanding orang yang cemerlang. Orang yang cemerlang berfikir cara-cara menggunakan wang itu bagi mendapatkan lebih banyak wang. Orang yang gagal pula berfikir cara bagi menghabiskannya.

Ingatlah, tangga pertama bgi menggapai kecemerlangan adalah dengan menyuburkan rasa cinta kepada kecemerlangan. Selepas itu terserahlah kepada kita bertindak.

Ahmad Naim Jaafar & Mohd Ikram Mohd Nor Wazir (=